Gunung Jerai memang menjadi igauan kepada pengayuh Mtb mungking kerana ketinggiannya dari aras laut yang mencecah sehingga 1200m atau kerana turunan bukit yang berkelajuan tinggi yang kadangkala mengundang musibah sekiranya terleka walau hanya sekelip mata. segalanya bermula bila terlihat chatting rakan Mtb yang mengatakan satu kayuhan malam selepas tarawikh akan diadakan dan yang menarik sekali adalah lokasinya iaitu gunung Jerai. Lalu berangkatlah kami dari negeri Indera Kayangan menuju ke satu lagi Kota Kayangan di negeri Langkasuka. Enam pahlawan semuanya dimana dua daripadanya berasal dari susur galur Laksamana Zheng Hoe iaitu Sam dan Ah Sun dari Kaki Bukit. Dari daerah NXT pula tiga hulubalang menyahut cabaran iaitu Veron dan Yaman , turut bersama rombongan ini adalah Tok Temenggung Boo Rider Mtb iaitu Saudara Madi . Sesampainya kami di kaki gunung Jerai telah kelihatan beberapa rider seddang memasang tunggangan masing-masing. Ada yang memeriksa komponen terpenting iaitu kuasa henti (stopping Power) dan RD serta FD agar pertukaran menjadi lancar tanpa ada bunyian asing yang menusuk telinga.
Kayuhan bermula setelah saudara nasir memohon kepada yang Maha Esa agar dijauhkan kemi semua dari sebarang malapetaka dan sentiasa berada dibawah lindunganNya. Maka pengembaraan pun bermula..............
Tandope dari belakang, mengingatkan penulis kepada gambar God of Gambler lakonan Chow Yuen Fatt ( one of all time favourite film)
Chan NXT dan Adi. ini semua adalah taktik kalau dah tak cukup nafas ..... taktik mengambil gambar dikala penat :-)
Saudara Nasser Alor Star Street Bikers, happy as always.