Thursday, November 26, 2009

Eid-Uladha Wish!


Assalamualaikum WBT, NXTeam would to take this opportunity to wish all Muslims a Happy Eid-Uladha. More rides will be planned after the celebration, I bet everybody will be eating a lot of red meat for four consecutive days. Take care! and Enjoy!

Tuesday, November 10, 2009

Kayuhan November 2009

Get Together Ride

TARIKH : 15 November 2009 (Ahad)

MASA : 07.30 pagi - Berkumpul

TEMPAT BERKUMPUL :
Tempat Letak Kereta Pagar Hadapan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh
OBJEKTIF: Kayuhan Sosial – Kenal Mengenal
LALUAN: Trek Ulu Pauh
FORMAT : MTB
JARAK : 30 km
PENYERTAAN : Terbuka kepada semua
PENGANJUR : Perlis MTB
HUBUNGAN :
· Chan @ Nizam : 012-665 3817
· Ronn : 019-445 6578
· Fikri : 012-582 6678

Wednesday, October 21, 2009

Bukit Lebai Hussin - Recce (Deepavali Day)

Bermula dengan pertemuan dengan Tandop http://www.tandope.com/ di Restoran Yasmeen Changloon selepas perut terlalu lapar dek makan ubat sakit gigi lewat petangnya. Keesokan paginya NXteam ke Wang Perah bersama Perlis MTB. Melalui cerita dan selidikan Tandop, beliau menyatakan setelah menggodek Google Chrome beliau telah berjaya mendapatkan koordinat dan elevation untuk destinasi tersebut. Menurutnya lagi ketinggian puncak adalah 753 meter dari aras laut dan kenyataan itu membuatkan saya terbeliak mata buat sejenak. Dalam hati terdetik ... " Allah, tingginya ......... " . Minggu yang berikutnya ( Deepavali ) kami berkumpul di bulatan UUM, Sintok pada pukul 7.30 pagi dan kayuhan dimulakan pada pukul 8.00 am.

Bersama blogger dari Kulim, Mizi http://www.khtbikerz.com/ dan

Selepas melepasi alur sungai yang pertama. Ada yang menunaikan hajat kecil dulu.


4WD yang akan menjadi support vehicle harini.




Pendakian menjadi sukar akibat hujan yang lebat pada awal pagi tersebut.



Berhenti seketika untuk urusan " Mud clearing", kelihatan didalam gambar adalah blogger Changloon, Achik (kanan sekali) http://www.budakbarumtb.blogspot.com/


Waktu ini berkayuh menjadi satu yang mustahil kerana tanah basah telah menutupi lapisan tayar menyebabkan kesukaran roda belakang untuk berputar.


Antara bukti tanah lembab menutupi lapisan tayar , istilah
yang selalu digunakan ialah "Doughnut"
Rashdan dok MTBing ......

Amir pun sama .....










Merida 96 Wan Blitz, terkulai tak boleh kayuh.

Menurut Mizi KHT, elevation pada waktu ini adalah 350 m dari aras laut.


Ketua Kayuhan iaitu Tandop memutuskan untuk terus turun dan tidak meneruskan climbing kerana cuaca mendung yang meragukan. Menurut ahli 4WD sekiranya hujan, risiko tanah runtuh agak tinggi kerana ianya adalah kawasan yang baru diratakan oleh jentera berat. Kami mengambil keputusan untuk tidak mengambil risiko tersebut kerana tempat tersebut belum pernah dijelajahi dan selok beloknya tidak diketahui.

Ini downhill area nih!




Kesimpulan :
Trail ini boleh diketengahkan untuk terus diterokai. Walaupun hujan menyebabkan laluan menjadi sukar tetapi saya dapat membayangkan sekiranya cuaca kering ianya akan menjadi tumpuan ramai pengayuh basikal bukit. Pendakian yang panjang dan diselangi dengan "light downhill" section sebelum berjumpa dengan upah yang terakhir iaitu penurunan sepanjang 3 km sehingga berjumpa dengan Sungai no. 4 . Kepada pengayuh basikal bukit sekelian NXTeam akan cuba mencari masa dan ketika yang sesuai untuk meneroka lebih lanjut trail ini dan semestinya dengan bantuan Tandop dan Changloon Bikers.
RIDE SAFELY AND INTELLIGENTLY!

Friday, October 16, 2009

Wang Perah - Edy Hisham's Camera 10.10.09






















Tuesday, October 13, 2009

Wang Perah - Sintok

Kayuhan Lepas Geram Sebab Takleh Pi BM MTBcarnival 2009
Seperti tajuk yang diatas, hari sabtu (10 Oktober 09) kami telah berkayuh di Wang Perah berdekatan Sintok dengan objektif untuk makan dan minum di kawasan air terjun. Walaubagaimanapun hasrat tersebut tergendala apabila kami sampai ke destinasi hujan turun dengan lebatnya dan bagi mengelakkan masalah air deras untuk menyeberang 5 anak sungai nanti maka kami pun bergegas turun ke lokasi yang lebih selamat. Walaubagaimanapun kami berpuas hati walaupun objektif asal tidak tercapai kerana jasa baik dua pemuda yang membenarkan kami menumpang teduh seterusnya memsak di "resthouse" mereka.

Sebelum kayuhan dimulakan, makanan/stok makanan diagihkan terlebih dahulu.

Tuan Meor yang sudah dua tahun tidak masuk off road juga menyertai kayuhan berkelah harini.


Abg Bidi membawa kami ke trail yang perlu menyeberang titi pokok pinang.


Sewaktu menunggu giliran menyeberang - picture taken by Eddy Hisham


Beratur, jgn tak beratur...........


Bang Ron dan Fikri ( Perlis MTB)


Long climbing, easy steepness.....


Regrouping


What lies ahead is still a mystery ......




Hmmmm .......... ini boleh dipanggil triple track nih!




Veyron and Aniq


Cross jangan tak cross..... eh! tu basuh gerek tuh!


Air terjun mini


Me heheheheh....!!!!


Veyron and aniq