Monday, May 31, 2010

In Remembrance

Assalamualaikum, pada tanggal 31 May 2010 NXteam telah dikejutkan dengan satu berita yang menggemparkan. Salah seorang dari ahli NXT telah kembali menemui Ilahi pada pukul 7.00 pagi. Beliau telah terlantar di hospital selama lebih kurang dua bulan atas sebab rawatan lanjutan bersama pakar. Sesungguhnya pemergian beliau meninggalkan kesan yang besar kepada NXTeam dan rakan-rakan MTB sekalian. Tiada kata dapat disusun apabila mendengar berita tersebut, lemah rasa seluruh anggota, kelu lidah tidak berkata . Beliau adalah seorang yang "steady" , suka berjenaka dan kadangkala menjadi bahan usikan manja rakan-rakan NXTeam yang lain kerana pelat Mata Ayer yang agak pekat. Amat susah sekali untuk mendengar beliau meninggikan suara. Merida HFS 2000 beliau akan kami rindui dan yang paling akan dirindui adalah gurau senda dan jenaka beliau.
Semoga Allah meletakkan kamu bersama orang-orang yang beriman wahai sahabatku.
Al - Fatihah.
(Gambar-gambar dibawah ini adalah antara kenangan kami bersama Arwah Balqis.)
Semasa Menawan puncak bukit Kodiang.

Senyuman yang menjadi penawar rindu kami kepadamu wahai sahabat.


Puncak Bukit Kodiang




Bersama Veyron semasa pendakian menuju puncak.


Tekun Mendaki


Kenangan di Ayaq Katoq, Ulu Pauh.

Kepada Keluarga Arwah terutama isteri dan anak lelaki yang baru berusia setahun diharap banyakkan bersabar dalam menghadapi ujian dari Allah ini. Kuatkan semangat dan hidup perlu diteruskan. Ingatan kami terhadap beliau akan sentiasa berada diingatan. Al-Fatihah.

1 comment:

MADDUHA said...

Al-Fatihah. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang Rasul tercinta Muhammad s.a.w, para sahabat dan keluarga Baginda, serta mereka yang mengikuti jalanNya serta mencontohi perilaku Baginda hingga ke hari pembalasan. Amin.

Powered By Blogger