Satu kayuhan di malam ambang merdeka ..........
Perancangannya nak berkayuh ke Wang Kelian tetapi majoriti nak berkayuh santai sempena malam merdeka ke-53 negara kita. Rakan taulan dari negeri jiran di jemput dan lima pengayuh telah menyahut cabaran dan akan bersama-sama menyertai program malam ini. Tempat berkumpul di Sekolah Menengah Arau dan pada pukul 11.15pm delegasi dari Changloon dan seorang ahli NXT mtb tida di jejantas jalan utama Arau-Kodiang. Ketibaan telah disambut oleh desiran bunyi tayar getah yang kedengaran seperti sedang menambah kelajuan bagi memastikan agar tetamu yang ditunggu tidak terlepas ke hadapan. Kali ini terdapat "Road bike" dan hati kecil seperti berkata yang malam ni mesti ada aksi kejar mengejar dan tarik menarik. Semasa dalam perjalanan ke Kuala Perlis, kami berjumpa dengan kumpulan Fixies seramai lebih kurang enam semuanya. Ketua Fixies Group ni ialah saudara Dr. DooHaa dari padang telela. Setelah tiba di persisiran pantai Kuala Perlis jam sudah menunjukkan pukul 12.00 am dan meningkatlah umur negara kita setahun lagi.
"HAPPY INDEPENDENT DAY MALAYSIA".
Kita mungkin sudah lama merdeka tetapi marilah kita sama-sama fikirkan adakah pemikiran kita juga telah merdeka? ....................
No comments:
Post a Comment