Tuesday, September 7, 2010

Happy Eid-ul Fitri 2010

Tahun 2010 dan Sekali lagi Ramadhan menjengah dan Syawal bakal menjelma. Itulah dunia sekarang, setahun seperti dirasakan sebulan, sebulan seperti dirasakan seminggu dsb. Itulah rasanya apabila kita terlalu sibuk dengan perkara dunia sehingga waktu berlalu terlalu pantas tetapi perlu diingat sbagai hamba Allah kita perlu sentiasa memohon kemaafan dari Nya dan juga kepada sesama manusia yang hidup dan yang telah meniggalkan kita. Waktu yang selalu diambil oleh kebanyakan umat Islam adalah apabila tiba Hari Raya Aidilfitri dimana semua orang bergembira setelah berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Kejayaan ini boleh ditaksirkan sebagai kemenangan didalam peperangan kecil didalam diri kita dalam menentang hawa nafsu masing-masing. Tahniah buat semua yang berjaya, bagi yang kurang berjaya pula janganlah patah semangat. Selagi Allah memanjangkan usia kita, InsyaAllah akan ada ruang untuk memperbetulkan dan menambahbaik keadaan.
Kepada semua, bagi mewakili rakan NXTeam yang lain, kami ingin memohon seribu kemaafan kepada semua sekiranya perilaku atau tuturkata kami ada menyinggung mana-mana pihak. Sesungguhnya sekiranya itu berlaku ianya adalah diluar kesedaran kami. Harapan kami agar semua bergembira disamping keluarga, rakan-rakan handai , sanak saudara etc.
"Happy Eid-Ul Fitri "
Powered By Blogger