Wednesday, October 21, 2009

Bukit Lebai Hussin - Recce (Deepavali Day)

Bermula dengan pertemuan dengan Tandop http://www.tandope.com/ di Restoran Yasmeen Changloon selepas perut terlalu lapar dek makan ubat sakit gigi lewat petangnya. Keesokan paginya NXteam ke Wang Perah bersama Perlis MTB. Melalui cerita dan selidikan Tandop, beliau menyatakan setelah menggodek Google Chrome beliau telah berjaya mendapatkan koordinat dan elevation untuk destinasi tersebut. Menurutnya lagi ketinggian puncak adalah 753 meter dari aras laut dan kenyataan itu membuatkan saya terbeliak mata buat sejenak. Dalam hati terdetik ... " Allah, tingginya ......... " . Minggu yang berikutnya ( Deepavali ) kami berkumpul di bulatan UUM, Sintok pada pukul 7.30 pagi dan kayuhan dimulakan pada pukul 8.00 am.

Bersama blogger dari Kulim, Mizi http://www.khtbikerz.com/ dan

Selepas melepasi alur sungai yang pertama. Ada yang menunaikan hajat kecil dulu.


4WD yang akan menjadi support vehicle harini.




Pendakian menjadi sukar akibat hujan yang lebat pada awal pagi tersebut.



Berhenti seketika untuk urusan " Mud clearing", kelihatan didalam gambar adalah blogger Changloon, Achik (kanan sekali) http://www.budakbarumtb.blogspot.com/


Waktu ini berkayuh menjadi satu yang mustahil kerana tanah basah telah menutupi lapisan tayar menyebabkan kesukaran roda belakang untuk berputar.


Antara bukti tanah lembab menutupi lapisan tayar , istilah
yang selalu digunakan ialah "Doughnut"
Rashdan dok MTBing ......

Amir pun sama .....










Merida 96 Wan Blitz, terkulai tak boleh kayuh.

Menurut Mizi KHT, elevation pada waktu ini adalah 350 m dari aras laut.


Ketua Kayuhan iaitu Tandop memutuskan untuk terus turun dan tidak meneruskan climbing kerana cuaca mendung yang meragukan. Menurut ahli 4WD sekiranya hujan, risiko tanah runtuh agak tinggi kerana ianya adalah kawasan yang baru diratakan oleh jentera berat. Kami mengambil keputusan untuk tidak mengambil risiko tersebut kerana tempat tersebut belum pernah dijelajahi dan selok beloknya tidak diketahui.

Ini downhill area nih!




Kesimpulan :
Trail ini boleh diketengahkan untuk terus diterokai. Walaupun hujan menyebabkan laluan menjadi sukar tetapi saya dapat membayangkan sekiranya cuaca kering ianya akan menjadi tumpuan ramai pengayuh basikal bukit. Pendakian yang panjang dan diselangi dengan "light downhill" section sebelum berjumpa dengan upah yang terakhir iaitu penurunan sepanjang 3 km sehingga berjumpa dengan Sungai no. 4 . Kepada pengayuh basikal bukit sekelian NXTeam akan cuba mencari masa dan ketika yang sesuai untuk meneroka lebih lanjut trail ini dan semestinya dengan bantuan Tandop dan Changloon Bikers.
RIDE SAFELY AND INTELLIGENTLY!

1 comment:

khairudin said...

Kalau ada basikal rasa teringin gak nak join Jambory di kedah. mesti best naik turun bukit.

Powered By Blogger