Wednesday, September 16, 2009

Perutusan Kemaafan Dari NXTeam.


Assalamualaikum wbt. dan Salam satu Malaysia, kesempatan ini diambil oleh saya dan rakan-rakan NXTeam yang lain untuk memohon maaf dan keampunan kepada semua yang pernah berkayuh dengan kami semua sekiranya didalam sedar atau secara tidak sedar kami telah menyakiti hati anda semua. Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari kesilapan dan sebagai manusia biasa jugalah kita perlu sentiasa memohon kemaafan dan keampunan dari allah SWT. Janganlah kita sindir-menyindir lagi tetapi nasihat menasihati. Yang penting adalah selepas Ramadhan kita mesih meneruskan momentum ibadah dan Aqidah yang baik tahapnya. Adalah menjadi harapan kami agar selepas ini aktiviti perkayuhan kita akan lebih aktif dan bermakna.

Bagi pengayuh-pengayuh yang berada di negeri perlis, marilah kita sama-sama mendaftar dan bernaung dibawah persatuan Basikal Bukit Perlis dan percayalah sekiranya kita berpersatuan nescaya tiada rintangan yang tidak dapat diatasi. Pada masa akan datang kita akan di datangi oleh satu acara yang gilang-gemilang .................... nantikan kemunculannya!

Bagi pengayuh yang diluar negeri Perlis dan akan pulang ke kampung halaman diharap perjalanan anda semua selamat dan sentiasa berada dibawah lindungan rahmatNYA. Bergembiralah bersama Ibu bapa, sanak-saudara dan rakan taulan kerana acara ini hanya datang sekali dalam setahun.

Salam kami dari NXTeam,

MAAF ZAHIR DAN BATIN

&

BERHATI-HATI DI JALANRAYA!

2 comments:

comelfz said...

CHAN & NXT MEMBER'S

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN DARI KAMI DI REDFLAG MTB CLUB

Anonymous said...

selamat hari raya juga buat semua.. iskh..bro chan ni..pi mana taktaw.. tepon tak angkat...bz aikh..dah la katanya ujung minggu ni pun tak turun.. rindu la saya padamu..

Powered By Blogger