Pre Merdeka & Sahur Ride 2009
Date : 29 August 2009
Time : Rolling at about 11.00 pm
Distance Covered: 44.6 km
Riding Time : 2:08:08
Average : 20.7 km/h (based on Chan NXT speedo - he is a casual rider)
Weather Condition: Clear at some parts, Rain at the rest.
Riders : 33 riders
Story :
Cuaca pada pagi dan tengah hari agak merisaukan dimana gerompolan awan gelap sentiasa memayungi negeri Indera Kayangan ini. Mungkin Yang Esa mendengar rintihan hati para pengayuh tegar yang mempunyai satu janji temu dengan pengayuh lain untuk menjayakan kayuhan Pra-Merdeka & Sahur 2009 maka selepas berbuka awan tiba menjadi cerah dan bintang mula menampakkan biasannya. Seorang demi seorang mula muncul di tempat yang dijanjikan iaitu kawasan meletak kenderaan sebelah MSN Perlis. Ada yang mula bertanya samada ramai yang akan berkayuh pada malam ini, jawapan yang selalu diberi adalah -
" .... whatever happened, the show must go ON .... "
Jam sudah menunjukkan pukul 10.45pm dan hampir 30 pengayuh sudah bersedia tiba-tiba satu deringan talipon memecah kebingitan perbualan pengayuh-pengayuh lain , ianya satu panggilan dari seorang soldadu keamanan dan dengan jkelam kabut menyatakan dia dalam perjalanan ke tempat pertemuan ( rendevous point ). Semua pengayuh pun terpaksa menunggu beliau, namun tiada seorang pun yang mengeluh atau menarik muka.
Syed Bakar and Co. _ berkayuh dari Arau dalam hujan semata-mata untuk menyertai kayuhan ini. Salute!!!! Next time we ride again bros......
Khairul
Mr. Sham Custom - Bersemangat as usual
Ada roadie join kayuhan malam ni. Welcome!!
Kepada semua yang menyertai Kayuhan Pre-Merdeka ini, pihak NXTeam ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Jika difikirkan kembali NXTeam berasa terharu kerana walaupun dipertengahan kayuhan kita di sejukkan dengan titisan manja hujan ditepi laut tetapi semua tetap gembira dan tidak merungut. Sekiranya ada kecacatan dimana-mana pihak NXTeam ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada. ........ "we all caya sama lu all ".
No comments:
Post a Comment