Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan datang lagi, kita panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana masih lagi dipanjangkan umur untuk terus melakukan ibadat puasa ini. Zaman mungkin sudah berubah, kita tidak di belenggu peperangan, kekurangan makanan dan kesusahan seperti para sahabat yang terdahulu tetapi ibadah ini untuk mengingatkan kita bagaimanakah rasanya, perasaannya berlapar, berdahaga bagi melakukan sesuatu amanah Allah. Pada bulan yang mulia ini juga kita akan dapat membuat penilaian diri , sejauh manakah semngat dan dambaan kita terhadap bulan ini. Wahai rakan-rakan sekalian marilah kita menggunakan setiap saat untuk merapatkan diri dengan Allah dan janganlah jemu melakukan ibadat kepadanya. Lembutkanlah hati kita dengan Zikirullah sepanjang masa. Kurangkan segalanya yang boleh membawa kepada permusuhan sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama Islam.
Seperti yang kita ketahui, Ramadhan adalah bulan dimana segala ujian akan datang dan ianya dalam pelbagai bentuk. Kuatkanlah semangat wahai rakan-rakan sekalian.
Marilah Kita Mengimarahkan Ramadhan pada tahun ini.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
p/s: Aktiviti kayuhan akan diteruskan. On road will be the best choice.

1 comment:

MADDUHA said...

KETIKA BERLAPAR

ketika berlapar
perhatikan setitis ayer
ketika berlapar
perhatikan gerak saekor semut
ketika berlapar
perhatikan goyangan si daun kayu
ketika berlapar
dengari nyaring siolan sang murai

ah! betapa lah betapa lah
bagitu indahnya petang ini

ketika memerhati titisan ayer
mengetahui nikmat hidup
memerhati gerak sang semut
memahami makna hidup
memerhati goyangan sang daun
menghormati semua yang hidup
mendengari siolan sang murai
bergembira merayakan hidup

ketika melihat seulas nasi
adalah seratus muka pak tani
ketika melihat secangkir air
adalah seratus muka buruh
ketika melihat si ikan bakar
adalah seratus muka nelayan di bakar matahari

ah betapalah – betapalah nikmatnya hidup ini
berterima kasehlah dalam merayakan hidup
-salam ramadan
-mad doha kampung katong
jemput mai pasar ramadan kodiang

Powered By Blogger