Wednesday, September 9, 2009

TATAPAN MODEL 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk tatapan pelawat blog sekalian kali ini NXT menghidangkan apa yang bakal kita saksikan pada tahun hadapan. Tiga antara pengeluar gergasi basikal bukit akan di tampilkan iaitu Giant, Merida dan Trek disamping satu selingan dari Titus. Pelbagai teknologi yang ditambahbaik diperkenalkan dan samada sedar atau tidak basikal pada masa sekarang menjadi makin berteknologi dan berat semakin berkurangan. Bagi Giant yang sinonim dengan ampaian Maestro, Merida pula dengan Siri - 96 dan Trek dengan teknologi bahan yang digunakan seperti OCLV carbon, Red carbon dan sebagainya. Walau apapun yang pastinya ialah harganya akan sentiasa menaik. Pengenalan sistem gear 10 cincin kelajuan (10 speed chainrings) oleh SRAM dan "trend" penghapusan "Granny Chainring" juga semakin popular. Jadi rakan-rakan sekalian, tetapkanlah iman semua supaya tidak membazir dibulan yang mulia ini. Wassalam dan Salam Satu Malaysia.
GIANT
Anthem X2 dan Anthem X3 untuk 2010.

Anthem X1 - menggunakan komponen Shimano Deore XT



Anthem Advance - Model siri tertinggi Anthem.
Menggunakan gentian karbon dan komponen SRAM XX ( 20 kelajuan)


Giant Trance SL - Komponen Truvativ Noir dan SRAM x0



TITUS

Wakil tunggal dari Titus Bike - Racer X Carbon




MERIDA



Merida 96 -HFS 3000D (Alloy)
Menggunakan fork Magura Durin 100mm




Merida 96 - 3000D Carbon

TREK

Trek 8000 - series 8
Antara perubahan paling ketara Trek untuk model 2010 adalah
saiz tiub kepala (Headtube size) setiap basikal siri alloy.


Trek 8500 - Series 8


Trek 9.7 SSL - Series 9


Trek 9.8 - Series 9


Trek 9.9 - Series 9

Set Kerangka - Trek 9.9

RIDE SAFELY AND INTELLIGENTLY.

Selamat berbuka kepada semua!

3 comments:

estima said...

Memang cun...tapi nampak gaya boleh telan ayaq lioq aje lah....

Sir Chan NXT said...

estima,
Tu lah! barang semua naik harga upgrade yang sedia ada je lah! huhuuhhu!!!

Anyway, thanks for dropping to NXT blog.

Regards - Chan

Anonymous said...

Bos, berapa rega Trek 8500 kalau tergatai tgn nak sambaq satu yg basic utk begginer. Kalau ok nak sambaq satu sb tak thn telan ayaq lioq dah....

Powered By Blogger