Thursday, December 31, 2009

Berakhirnya Tahun 2009

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Tahun 2009 akan berakhir dan pelbagai peristiwa dan acara telah berlalu. Bagi pengayuh mountainbike tahun ini dimulakan dengan kayuhan Mesra 2009 dan diakhiri oleh Kayuhan Warisan Taiping beberapa hari yang lalu. Sesungguhnya setiap aktiviti yang dianjurkan ada kelemahan dan kekuatannya. Seperti yang kita ketahui komuniti pengayuh mountainbike semakin membesar dan banyak riding group muncul seperti cendawan dan kita berharap walaupun banyak pecahan kumpulan kita tetap bersatu hati dalam menyokong aktiviti yang sihat ini. Marilah kita memandang dari sudut yang positif atau seperti kata pepatah " ... Buang yang keruh, Ambil yang jernih....". Kepada penganjur yang mendapat banyak pujian - kekalkanlah kualiti dan pencapaian anda. Bagi yang menghadapi masalah dan kelemahan - baikilah dan buatlah muhasabah diri. Marilah kita bersatu dan sama-sama membantu bagi mewujudkan lebih kekuatan didalam arena ini.

" Together We Are Strong"

NXTeam ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pengayuh Mountainbike di Malaysia. Salah dan silap terkasar bahasa kami dahulukan dengan mohon kemaafan.
" Ride Safely and Intelligently"

2 comments:

nazirul mubin said...

SLM..ABG PUNYA CLUB AREA MANA? BOLEH JOIN KAMI TAK NAK KAYUH MELAWAT DAERAH SEKITAR PENANG.?

Chan NXT said...

To Nazirul:

Kelab kami kat negeri Perlis. Kalau nak datang sini kami alu-alukan
Boleh contact no ni 012-665 3817